Tuesday, 23 May 2017

JENIS JENIS TUALA WANITA

JENIS-JENIS TUALA WANITA

SEPERTI YANG KORANG TAU PEREMPUAN KALAU DATANG BULAN ( BENDERA JEPUN, ABC, CUTI etc) KENA LA PAKAI TUALA WANITA OR MAYBE ADA YANG PANGGIL PAD.




ada macam-macam jenama tuala wanita kat malaysia ni, antara yang famous kotex, libresse, stayfree, laurier dan banyak lagila aku sebut semua sampai sudah la tak habis.


sebelum i membebel lagi jauh, meh sini nak habaq mai benda basic pasal tuala wanita ni iaitu pad ni ada dua jenis bentuk;1)wing 2)non-wing

non winged pad

winged pad
berbeza kan?






terpulang pada korang la nak pakai yang mana satu, tapi i suggest kalau you seorang yang active and tak reti duduk diam, u pakai la winged pad tu yee. bukan apa lebih secure gituuu.
tapi ada jugak girl yang maybe tak selesa pakai winged pad, boleh je la pakai yang non winged pad tu. terpulang pada keselesaan masing-masing okay. janji you all selesa and confident sepanjang hari.

MACAM MANA NAK TAHU PAD TU ADA WING KE TAK?


INILAH PALING PENTING OKAY. SEBELUM U ALLS BELI PAD TU, TENGOK DULU PACKAGING PAD TU SELALU NYA ADA LABEL KAT BAHAGIAN DEPAN. RUJUK GAMBAR KAT BAWAH YE.
GAMBAR PAKEJ UNTUK WINGED PAD



jadi sebelum beli tu baca dulu label tu betul-betul, salah beli nanti merana diri.

perkara seterusnya yang korang kena tahu pasal pad ialah, pad ada dua jenis material. satu kapas, satu lagi gel. yang jenis gel ni boleh menyerap banyak cairan tapi.... nak basuhnya nya pun agak leceh berbanding kapas. 



JENIS-JENIS PAD


1) pantyliner - pad jenis ni adalah yang paling nipis antara semua pad namun boleh didapati dalam pelbagai jenis panjang yang berbeza.


kegunaan- untuk alas panty anda supaya kotoran tak melekat, keputihan, atau period yang dah hujung-hujung tu, biasanya memang akan pakai yang ini.





























i saja letak gambar, so that buat korang yang nak beli nanti takla confuse kan.. 

2) ultra thin - yang ni ialah pad yang paling nipis, tak macam pantyliner tadi yang ni ukuran dia lagi besar daripada pantyliner. selalu perempuan yang pakai pad ni sebab pakai seluar or kain yang memang fit, so kalau tak mau nampak atau garisan kat pakaian anda ini la yang paling okay.


TETAPi, pakai ikut la kesesuaian. kalau dah tahu heavy flow mohon pakai pad yang mampu menampung aliran cecair yang keluar.


3) slim - yang jenis ini ialah no dua paling nipis, sesuai untuk orang yang normal flow. Normally for average woman, maybe jenis ni selalu pakai hari ke 4 or 5 period.


kalau korang beli pad jenis ni, rujuk packaging pad tu biasanya dia tulis slim/regular use bergantung jenama pad tersebut




 

3) MAXI - kenapa nama dia maxi? well, ini adalah kerana pad jenis ni boleh menyerap cairan sangat banyak, maybe dalam 50ml kot. or maybe tak. walaupun pad jenis ni boleh serap banyak cairan, tapi limit pakai pad tak kira la mana-mana jenis pad sekalipun hanyalah 8 jam. bukan apa, ini adalah untuk memastikan kebersihan dan menyelakkkan pembiakan bakteria di sekitar miss v you all.






4) OVERNIGHT - yang ni pulak adalah pad yang paling panjang antara jenis-jenis yang kat atas. and pad jenis selalu pakai waktu malam, mungkin sebab tu kot nama dia overnight. tapi kalau nak pakai waktu siang pun boleh, terutama waktu hari pertama hingga hari ke tiga period. yang jenis ni la paling secure sekali kalau anda risau "bocor".




macam yang korang boleh tengok kat gambar tu, pad overnight ni selalu nya bahagian belakang dia lagi besar dari bahagian depan. itu kira macam extra protection la untuk mengelakkan korang "bocor" sewaktu enak diulit mimpi.

kalau korang confuse macam mana nak tahu pad tu jenis overnight, rujuk label depan pakej pad tu, biasanya dia tulis night use/overnight/maxi night use.




okay dah habis. btw, semua jenis yang i share tu adalah untuk kegunaan period. ada lagi pad untuk perempuan lepas bersalin, pad orang tua dll. and yang semua di atas atas ni adalah disposable pad. kalau korang nak pakai pad yang boleh guna banyak kali pun ada di jual atau tampon.

2 comments:

JENIS JENIS TUALA WANITA

JENIS-JENIS TUALA WANITA SEPERTI YANG KORANG TAU PEREMPUAN KALAU DATANG BULAN  ( BENDERA JEPUN, ABC, CUTI etc) KENA LA PAKAI TUALA WANI...